Divide & Conquer

Saturday, November 6, 2010 8:52 AM Posted by umiefull
Bismillah..

Agak lama blog menyepi..Aku suke berkongsi..Tp lebih cenderung dalam bentuk lisan..
Penulisan?? Erm, masih cube untuk pupuk kebolehan tu..Tapi rase sangat2 tak berbakat..T.T

Teringat pengajaran Dr Ma'mon, dalam kelas ORAL SURGERY minggu lepas..
Maybe ramai lagi yg tak tahu..kalau sebut 'Dentist' je, mesti bayangkan tampal & cabut gigi..

Tapi sebenarnya banyak lagi bidang tugas yang dibuat oleh doktor gigi ni..Tampal & cabut gigi tu pun sebenarnya adalah daripada 2 cabang dentistry yang berbeza..Tampal belajar dalam subjek CONSERVATIVE DENTISTRY..dan cabut gigi pulak termasuk dalam subjek 
ORAL SURGERY..Minor surgery la gitu..

Ok, cukup mukaddimah setakat tu..

Dalam klas ORAL SURGERY minggu lepas, ktorang belajar pasal
 "HOW TO MANAGE DIFFICULT EXTRACTION".

Menarik tajuk ni..tapi rase macam dah advanced sangat..mane tak nye..kat klinik hari tu baru nak cabut gigi, patient yang dah cabut dulu..so, aku xbrape banyak lagi pengalaman nak cabut2 gigi nih..

Anyway, dalam lecture tu, kami didedahkan cara2 mencabut gigi bagi kes yang susah atau kata laennya, gigi / akar gigi yang tak boleh dicabut dengan cara biasa, iaitu dengan menggunakan forcep atau elevator..

Salah satu cara yang boleh digunakan dalam kes difficult extraction ni ialah
 "DIVIDE AND CONQUER"

Haa, dengar macam best je kan..


divide & conquer technique


Melalui cara ni, kita boleh mengurangkan kerosakan pada tisu2 sekitar gigi yang bermasalah tu..Sebagai contoh, nak cabut akar gigi bongsu..
Tengok Xray, gigi tu ade 3 cabang akar..Dah la hujung & terbenam kat dlm gusi..
So, susah la nk cabut dgn cara biasa..
Oleh itu, kite guna cara DIVIDE & CONQUER ni, dengan membahagikan 3 akar tu, then cabut keluar akar tu satu per satu..

Haa, amacam? senang je kan??

Kenape senang?

Sebab kite tak buat..haha

Xde la..

Senang, sebab akar2 tu dah tak melekat/bersatu..

Kalau diamati balik, macam tu jugak salah satu cara orang Kafir sekarang melemahkan kita, umat Islam..


Negara2 Islam dipecahkan mengikut sempadan negara & diwujudkan sistem pentadbiran ikut negara masing2...PECAH & PERINTAH..biasa dengar tak?


Konon2 nya, untuk mudah kan pentadbiran..
Ya, memang mudah..tapi mudah juga kita ditipu bulat2..

Contohnya, Dataran Syam..Nama ni biasa sangat dengar, mase belajar di sekolah dulu,
pasal sejarah nabi..Nabi berniaga dari Mekah sampai ke Dataran Syam..


Tapi, sekarang Dataran Syam tu, kat mane ye??


Sekarang, sebab dasar PECAH & PERINTAH tu, Dataran Syam ni dah dibahagikan kepada 4 buah negara..Iaitu PALESTIN, JORDAN, SYRIA & LUBNAN...Tengok peta, negara2 ni memaang semua sebelah-menyebelah..

Dulu, orang nak ke negara2 ni, tak de pun sekatan berjam2..sebab apa?
Sebab sempadan negara tu tak wujud lagi..

Tapi sekarang??
Urusan masuk keluar Syria (baru dekat sempadan) je dah memakan masa 3-4 jam..

Pengalaman berkelana di Eropah tempoh hari, membuatkan aku melihat perbezaan yang amat ketara ni..
Dari Munich, German nak masuk ke Salzburg, Austria, (German & Austria, 2 buah negara yang berbeza) boleh naek tren, macam naek tren kat KL je..Tak perlu bangun pun/keluarkan passport..

Eh, biar betul??

Betul!! Akidd!!
Sebab, kat Eropah, even diorg pun terpecah kepada banyak negara, tapi mereka still ade 1 kesatuan, iaitu EUROPEAN UNION (EU) ..Ambil  contoh 3 negara - Perancis, Jerman & Austria.. Ketiga2 negara ni, bertutur dalam bahasa yang amat2 lah berbeza.. Tapi, sebab diorg ade kesatuan ni, urusan keluar masuk negara, amat mudah..Matawang pun 1 je, iaitu EURO..



Negara2 ARAB?

Ambil contoh 3 negara juga..JORDAN, SYRIA & LUBNAN..bahasa?? dah same (Bahasa Arab)..Tapi mata wang, setiap negara ada mata wang sendiri..urusan keluar masuk negara, lagi la xyah criter..

Ape punca semua ni???

Sebab takde KESATUAN..

Dasar PECAH & PERINTAH ni dicantikkan lagi oleh barat dengan memperkenalkan semangat NASIONALISME..atau semangat PATRIOTIK..
Bila mana terlalu sayangkan tanah air sendiri, kita lupa untuk mempedulikan nasib saudara2 kita di negara laen..Contoh amat2 dekat, tak perlu hurai..

Sedangkan nabi dahulu dah ajar & bagi contoh pasal kesatuan..
Contoh yang tak asing lg, pasal penyatuan orang Muhajirin & Ansar..

Mungkin akan ada yang kata, negara Arab pun ade kesatuan..contoh nya, LIGA ARAB..

Tapi, sejauh mana kesatuan mereka tu membuahkan hasil?
Negara Arab sendiri masih ditindas oleh orang yang sebangsa, dan lebih malang lagi,
ditindas oleh orang yang seAKIDAH!


Kesatuan amat2 dititik beratkan dalam Islam, supaya kita mampu membina kekuatan, dalam menghadapi musuh2 Islam yang tak pernah2 putus asa, sehinggalah kita masuk ke dalam agama mereka..Nauzubillah




Wallahua'lam






2 Response to "Divide & Conquer"

  1. kura-kura cantek Says:

    entri ini sgt matang..
    tambah satu lagi nilai tambah utk kaw**..
    "pandai masak, pandai tampal gigi, ade blog yg matang.. wewitt.. haha..

  2. umiefull Says:

    haha..
    tak padan ngan kecik..
    berani ye kura2 ni..!

Post a Comment