'Candle Light Dinner'

Serba ringkas perjalanan program FAMILY DAY + DINNER BKAPJ sesi 2009/2010.
Antara yang hadir ..
Seharian berkampung di Mu'tah. Bermula dgn perjalanan seawal 12.10 pagi, coaster Irbid memecah kesunyian malam, merentas jalan 'sungai' ke Mu'tah. Alhamdulillah, tepat 4.30 pagi kami tiba di sana. Acara Eksplorace terpaksa dibatalkan, rentetan drpd cuaca buruk yg tak mengizinkan. Program diteruskan dgn acara Kuiz & aktiviti2 indoor. Walau tiada gelak tawa di jalanan, Walau tiada peluh keletihan dititiskan, Walau tiada belon2 yg perlu dipecahkan, Namun, Segalanya sudah cukup Untuk kita membina ukhuwah. Ukhuwah atas dasar satu Ummah. Walau hanya di dalam teratak 'Puskma'. Tertampar jg dgn soalan2 kuiz dr Kak Niza. Lemahnya pengetahuan, pasal tanah tempat tumpah darah sendiri. " Di mana Perak Man ditemui..?" Haha...anak2 Perak sejati..sape ade jawapan?? ..... Seusai Maghrib, semua bertolak ke Hotel Karak. Lagi, semuanya dah ditetapkan. Ketibaan kami di sambut dgn cahaya lilin. Hotel black-out!
Semuanya sudah ditentukan...
Wow! 'Candle light dinner' ktorg malam tu. Haha..pengalaman pertama la. Makan semua tak control.. Antara menu yg disajikan; -nasi putih + ayam percik (style kelantan kut) -daging + batotoh -puding jagung ( rase apam balik..sedap!) -murtabak XXL -air yogurt Credit to Dimasy Catering!
Muka2 hepi lepas dah kenyang..
Antara acara yg berlangsung malam tu ialah; -Persembahan kump. Pelita (sedap lagu korg buat tu.patut pun menang!) -Persembahan drpd sorg singer terkemuka di Mu'tah -Penyampaian anugerah -Cabutan bertuah -Makan2..selera nusantara (simple + sedap!) Sekitar 11.30 malam, semua dah berada atas bas, bersedia utk pulang ke mantiqah asal masing2.. Sekali lg, coaster terpaksa melalui 'sungai darat' utk balik ke Irbid. Dalam perjalanan, sempat jg bercerita dgn adik2 pasal dunia barat & Islam sekarang. Sian diorg, ntah faham ke tidak, ditambah dgn keadaan dlm bas yg agak memeningkan. Alhamdulillah, jam 3 pagi tiba semula d Irbid. Kepada yg tak berpeluang ke FAMILY DAY + DINNER BKAPJ tahun ni, jgn la bersedih ye.. InsyaAllah, tahun depan boleh dtg lg.. Mungkin dgn aktiviti2 dan acara yg lebih menarik lagi! p/s: black-out hanya di awal & pertengahan majlis je..bukan la bergelap sepanjang2 tu,,

Special Dedication to PERAKian

12:23 PM Posted by umiefull 0 comments
Assalamualaikum wbth Alhamdulilah99X... Setinggi2 ksyukuran hanya dipanjat kan padaMu. Selesai sudah, acara kemuncak BKAPJ sesi 09/10. Pertemuan kali pertama & kali terakhir mungkin, antara 3 mantiqah, utk sesi ni. Terima kasih pd semua yg menjayakan terutamanya; AJK FAMILY DAY + AJK MALAM SIMFONI KASIH juga yg terlibat secara langsung@ tak langsung. Kalian terbaik! Kalian terhebat! Teruskan menyumbang kepada ummat, kerana Allah!!

Kisah 4:Cukuplah Al-Quran dan mati itu sebagai peringatan

Siapa sangka, mesej gembira yg dihantar, mesej sedih yg dibalas. Tiada yang kekal, melainkan Sang Pencipta. Al-Fatihah Buat nenek ku (belah abah) .. MASBAH BT HASSAN yang telah mhembuskan nafas terakhir, jam 10.50pm waktu Msia (4.50pm waktu Jordan), semalam.
Nenek ceria semasa raya 2009
"Cukuplah Al-Quran dan mati itu sebagai peringatan" Al-Fatihah.

Kisah 3 : Ulang Bulan!

4:32 PM Posted by umiefull 5 comments
Salam petang selasa semua.. Patut la pagi tadi rasa nak call rumah sangat. Tapi tahan, tunggu genap seminggu baru call. (salah ke eh?) Rupa-rupanya, mak pun ada instinct yang sama! Tengah kelam kabut nk bsiap ke jamiah, dapat 1 call yg tak disangka2.. "Kamu tak ingat ke hari ni hari ape?" Dalam hati.."Eh, b'day sape pulak hari ni..mak ke? abah ke?.." "ooo..dh genap sebulan mak, abah n kakni dtg sini ek..?" "haa..tau xpe..dah ulang bulan mak dtg sane.." "Ulang bulan?? Haha..oo, yela, nak kate ulang tahun, belum genap setahun lg ek.." .... Lebih kurang gini la, perbualan aku n mak.. (selepas diubah suai) Sejak seminggu klas ni, mmg dah leka dgn study yg makin mcabar. Tapi mak duk kat rumah sorang2 je. Mesti asyik terkenang2 aje.. Sampaikan 'ulang bulan' pun, mak ingat! Yela, sbb baru sebulan. Haha..comel je mak.
Mak kena paksa bt 'peace'..hehe..comel tak?
Tapi walau sesibuk mane pun, kenangan bersama mak, abah & kakni, tetap segar dalam ingatan.. Syukur tak terhingga..Allah kurniakan kenangan terindah!
Aksi sporting mak, kakni & abah
Thanx mak, sbb call pagi2.. Since mak datang sini, mak dah pandai timing masa utk call! Hehe.. Sayang mak!! p/s: pasni wat post pasal abah pulak..jgn mare ye bah..

Kisah 2 ; HAMMAMAT MA'IN

Sedar tak sedar, dah hampir separuh perjalanan aku kat Bumi Urdun ni. Biasanye, mingu pertama sem baru, dr tak masuk klas. Alang2 tengah ade mase free, aku pn cube la bt sumthing 'adventurous'.. atau kata laen nye, jalan2 cari pasal.. Kisah bermula dgn.. 1-naek sarfis(teksi putih); dari jamiah ke Amman (Mujamma' Syimal)-1 jam perjalanan dah sampai sane, boleh tanye, "kite nak g mane nih..?" Niat asal mmg nak ke Hot Spring. Tapi sekadar tahu je xcukup, sbb pakcik Arab xpaham. Alhamdulillah, usaha xsia2. Kitorg pun gunekan la sumer sumber yg ade..(siap nak cari map lagi..haha) Try google kt handset; "Interesting places in Amman" tibe2, kuar la word tu in arabic. HAMMAMAT MA'IN!!! 2- naek Bas ke MADABA - dekat2 1jam gak perjalanan Memang tawakal habis. aii, kate nak adventurous.. sampai terlelap jg dalam bas. sbb xsangke lame sangat. Dengan bayaran 64 qursh (lebih kurg RM3.25), perjalanan 3x lebih jauh berbandig ke jamiah (20 mnt je). Dipanggil Hammamat Ma'in, sbb hot spring ni terletak kat Ma'in, iaitu dalam daerah Madaba. Hammamat Ma'in ni, satu jalan nk ke Laut Mati. Sebelah bukit2 tu, bawah tu adalah Laut Mati. Sebelum sampai tpt ni jugak, ade 1 tempat namenye 'Panorama'..tpt utk tgk2 kawasan bawah, dari atas bukit tu (kalau xsilap).Kire tempat utk pelancongan gak la. 3- naek teksi ke Hot Spring - 30-45mnt perjalanan Sampai MADABA, tanye2 lagi kt org sane. Dipendekkan crite, jumpa la sorg pakcik teksi ni. Bincang2, setuju la pg dgn dia, ke hot spring tu. Bayaran 10JD(one way) + 3JD utk setiap jam pcik teksi tggu kt sane. Tengok btul2 kt gambar tu, bangunan tu adalah hotel, yg ade kt Hammamat Ma'in. Sekitar tu, adalah jalan menuju ke sana. Jalan ke sane sempit, bengkang-bengkok & dikelilingi bukit2 batu yang curam. Selepas hampir 3 jam naek turun teksi dan bas, akhirnya... Satu2 nya kedai yang ade. So kalau ade yg bercadang nk dtg, elok la bawa bekalan makanan yg mcukupi. xde makanan berat + makanan ringan pun agak mahal. SUBHANALLAH.. xsangka kt Jordan ade air terjun! bukan sebarang air terjun.. tapi air terjun air panas tau! nak amik gambar pun dah terasa bahangnye. Sekarang dah nk masuk summer. Lagi best kalau pegi time musim sejuk. Ni adalah 2 tempat mandi khas utk LADIES.. Satu tu waterfall, satu lagi kolam renang air panas or Roman Bath. Jadi total sume, ade 3 waterfall.. Yang main & 65 darjah celsius tu utk family. 1 waterfall utk ladies 2 kolam air panas, khas utk lelaki n pempuan. (xde waterfall khusus utk laki ye..) Dari segi kemudahan, ok la sbb ade masjid & tandas yang bersih. Lepas lebih kurang 2jam setgh kat sane, ktorg berdua pun btolak balik ke Irbid, jam 3stgh ptg. Alhamdulillah, selamat sampai Irbid jam 8 malam.. p/s: syukur, jumpe dgn 'pasal' yang baik..

Kisah Bermula

2:08 PM Posted by umiefull 5 comments
Assalamualaikum wbth. Pernah tak berjanji( baca:terniat) untuk tak buat sesuatu, tapi akhir nya itulah yang kita buat, secara sedar atau tak sedar! Pemikiran manusia terbatas. Mungkin itu juga yang dinamakan takdir. Pernah aku berjanji "Aku takkan buat blog..", tapi, tupp tupp.. huhu.. Mungkin juga sebab dah terlanjur bergurau tempoh hari, untuk bercerita lanjut pasal hero Al Quds di blog aku, yang pada masa tu tak wujud pun lagi..
Aku budak sedang belajar~