Kisah Anak Perak

Friday, July 23, 2010 7:45 PM Posted by umiefull
Bismillah



Alhamdulillah!
Selesai sudah Mesyuarat Agung Tahunan, (AGM) 
Badan Kebajikan Anak Perak Jordan (BKAPJ) bg sesi 2009/2010..

Sepagi tak sedap perut & xselera makan..
Haha..
Nak kate nervous, erm, xde benda pun nak di cuakkan..
Lumrah alam la kut kan..
Kalau sumthing important utk kita, 
mesti physiology badan pun jadi xstabil..

Apepun, beberapa perubahan yg dapat dilihat,
jika dibandingkan dengan AGM tahun sebelum ni:-


I- Ahli Jawatankuasa (AJK)

Dari segi pemilihan tempat, amat2 la selesa & mendamaikan..
Siap ade pelamin lg..Persegaran, ok, sedap!
Tapi kesian VIP..orang Klate..dok make pedass..
Cenderahati & persiapan2 laen..
Amat memuaskan..Korang memang the best lah!!
Syabas diucapkan..!
Walaupun dalam keadaan kekurangan tenaga kerja
dan kemudahan2 laen, kalian tetap mampu 
menghasilkan suatu yang diluar jangkaan!




II- Individu & Pemimpin

Memetik kata2 pengerusi majlis, merangkap Penasihat BKAPJ yang baru;.

"Tak lengkap sebuah rumah kalau tanpa tingkap, pintu, atap dan lain2 nya..
Hatta pasir dan batu-bata juga adalah elemen penting dalam penghasilan sebuah rumah.."
(ayat selepas diolah tanpa menukar maksud asal)

Persatuan tanpa ahli, takkan bergerak..
Ahli tanpa pemimpin, takkan melangkah setapak..
Tapi lebih teruk lagi, bilamana ahli yang dilantik sbg pemimpin,
turut kurang rasa tanggungjawab utk hadir pada agenda tahunan persatuan..
Walau persatuan kurang memberi keuntungan, 
tapi sekurang-kurangnya sedarlah bahawa itu masih di dalam tanggungan..


III- Buletin

Dalam tugasan lalu, aku turut diamanahkan 
memantau Biro Akademik & Kerohanian..
Terasa kurang bekerja pada sesi sebelumnya, 
dengan taklifan yang sama, jadi aku cuba sedaya upaya 
utk membantu Biro tersebut memberi sesuatu yg bermanfaat utk para ahli..

Alhamdulillah, 
terhasillah 3 edisi Buletin bulanan + Buletin Bumper BKAPJ '10
Harap semua berpuas hati, dgn hasil kerja kami
yg tak seberapa ni..not bad  la as a beginner..=P

Oh ya, juga nak minta maaf kalau soalan kuiz tu susah sgt..
Tu tandanya, ramai lagi ahli2 BKAPJ yang kita xkenal..
hurm..hadiah ade lg, kalau ade sape2 yg nak..hehe

Di sini, sy sertakan salah satu kuiz bergambar yg terdapat dlm buletin..


soalan: Berapa orangkah ahli BKAPJ yang terdapat dalam gambar di atas??

Okeh..cara nak tahu jawapannya-
1-kenal pasti, ade berapa kotak asal dlm gambar tersebut
2-then, cuba kenal pasti,
ade berapa orang dalam setiap satu kotak..
3-Tengok dengan teliti! hehe
Ade gambar yang berulang kan!

ok? give up dah??
ni disertakan jawapan...jeng3
4 kotak asal..2 gambar dlm stp kotak,
kecuali dalam kotak pertama..
maka..7 orang kesemuanya..=P


Lastly, setinggi-penghargaan diucapkan buat semua yg menjayakan AGM 
BKAPJ kali ini..
Terutama kepada AJK pelaksana..
Lebih2 lagi pada semua yang hadir!
Amat2 terharu dgn sahabat2 dari Mu'tah
yang sanggup bergerak seawal jam 1 pagi,
semata2 utk menghadiri AGM kali ini..
Especially kak Mira, demam2 pun sanggup datang..
Tabik spring la kat akk!

"Setiap dari kita adalah pemimpin, dan kita bertanggungjawab atas pimpinan kita.."

Sekurang2 nya, kita adalah pemimpin utk diri sendiri!

wallahua'lam









0 Response to "Kisah Anak Perak"

Post a Comment