Kisah Anak Perak

Bismillah



Alhamdulillah!
Selesai sudah Mesyuarat Agung Tahunan, (AGM) 
Badan Kebajikan Anak Perak Jordan (BKAPJ) bg sesi 2009/2010..

Sepagi tak sedap perut & xselera makan..
Haha..
Nak kate nervous, erm, xde benda pun nak di cuakkan..
Lumrah alam la kut kan..
Kalau sumthing important utk kita, 
mesti physiology badan pun jadi xstabil..

Apepun, beberapa perubahan yg dapat dilihat,
jika dibandingkan dengan AGM tahun sebelum ni:-


I- Ahli Jawatankuasa (AJK)

Dari segi pemilihan tempat, amat2 la selesa & mendamaikan..
Siap ade pelamin lg..Persegaran, ok, sedap!
Tapi kesian VIP..orang Klate..dok make pedass..
Cenderahati & persiapan2 laen..
Amat memuaskan..Korang memang the best lah!!
Syabas diucapkan..!
Walaupun dalam keadaan kekurangan tenaga kerja
dan kemudahan2 laen, kalian tetap mampu 
menghasilkan suatu yang diluar jangkaan!




II- Individu & Pemimpin

Memetik kata2 pengerusi majlis, merangkap Penasihat BKAPJ yang baru;.

"Tak lengkap sebuah rumah kalau tanpa tingkap, pintu, atap dan lain2 nya..
Hatta pasir dan batu-bata juga adalah elemen penting dalam penghasilan sebuah rumah.."
(ayat selepas diolah tanpa menukar maksud asal)

Persatuan tanpa ahli, takkan bergerak..
Ahli tanpa pemimpin, takkan melangkah setapak..
Tapi lebih teruk lagi, bilamana ahli yang dilantik sbg pemimpin,
turut kurang rasa tanggungjawab utk hadir pada agenda tahunan persatuan..
Walau persatuan kurang memberi keuntungan, 
tapi sekurang-kurangnya sedarlah bahawa itu masih di dalam tanggungan..


III- Buletin

Dalam tugasan lalu, aku turut diamanahkan 
memantau Biro Akademik & Kerohanian..
Terasa kurang bekerja pada sesi sebelumnya, 
dengan taklifan yang sama, jadi aku cuba sedaya upaya 
utk membantu Biro tersebut memberi sesuatu yg bermanfaat utk para ahli..

Alhamdulillah, 
terhasillah 3 edisi Buletin bulanan + Buletin Bumper BKAPJ '10
Harap semua berpuas hati, dgn hasil kerja kami
yg tak seberapa ni..not bad  la as a beginner..=P

Oh ya, juga nak minta maaf kalau soalan kuiz tu susah sgt..
Tu tandanya, ramai lagi ahli2 BKAPJ yang kita xkenal..
hurm..hadiah ade lg, kalau ade sape2 yg nak..hehe

Di sini, sy sertakan salah satu kuiz bergambar yg terdapat dlm buletin..


soalan: Berapa orangkah ahli BKAPJ yang terdapat dalam gambar di atas??

Okeh..cara nak tahu jawapannya-
1-kenal pasti, ade berapa kotak asal dlm gambar tersebut
2-then, cuba kenal pasti,
ade berapa orang dalam setiap satu kotak..
3-Tengok dengan teliti! hehe
Ade gambar yang berulang kan!

ok? give up dah??
ni disertakan jawapan...jeng3
4 kotak asal..2 gambar dlm stp kotak,
kecuali dalam kotak pertama..
maka..7 orang kesemuanya..=P


Lastly, setinggi-penghargaan diucapkan buat semua yg menjayakan AGM 
BKAPJ kali ini..
Terutama kepada AJK pelaksana..
Lebih2 lagi pada semua yang hadir!
Amat2 terharu dgn sahabat2 dari Mu'tah
yang sanggup bergerak seawal jam 1 pagi,
semata2 utk menghadiri AGM kali ini..
Especially kak Mira, demam2 pun sanggup datang..
Tabik spring la kat akk!

"Setiap dari kita adalah pemimpin, dan kita bertanggungjawab atas pimpinan kita.."

Sekurang2 nya, kita adalah pemimpin utk diri sendiri!

wallahua'lam









Dilema


Bismillah..
 
Dalam dilema..
Antara 2 persimpangan..
kepercayaan orang
vs
kepercayaan diri sendiri..
Kurang dari 12 jam utk berfikir..
Keputusan utk masa depan..
Diri sendiri & orang laen..

Ya Allah..
Mohon petunjuk Mu..
Menuju redha Mu..

+_+

MIFC 2010

Bismillah..

Hari ni, dah berlalu 1 hari yg amat ditunggu2..
Terutama bg seniors medik & dentist..

MIFC aka MEDICO IN FUTURO CAMPEGGAIRE 2010.





It's a program which is conducted totally by the recently graduated student
of medicine & dentistry faculties of JUST & specially designed for the 3rd yr students,
in order to expose them to the clinical year n years after...

Ece, semangat pulak speaking english..

Actually, esok ade lg 1 hari yg perlu ditempuh..
Malam ni, aktviti bebas, selain berbincang mngenai task yg perlu ktorg lakukan esok..
Iaitu--jeng3.. "Calories Commander: Who'll burn the most?"

Aktiviti ni, bkaitan ala2 masak makanan yg sihat la,
dgn diberikan wang dan bahan2 yg amat terhad..
Ni pun td sambil prepare utk goreng2 ayat mase 
pbentangan masakan utk grup aku esok..
Wish me luck! haha

Anyway, tu esok punya cerita...

Apa yg penting??

Apa yg aku dapat sepanjang program seharian di JUST td..
Setakat dengar tak ingat..so kena tulis..Kalau tulis pun, selalu nye xbace..
That's why kena kongsi..ok?

Seawal 7.25am, kami mula bgerak ke JUST.
Sebaik selesai opening ceremony, kami berpisah (medicine/dentistry) ke dewan berasingan..
Since bdak2 dentistry ni selalu ala2 dianak tirikan, jd program kali ni,
dah dirancang siap2 utk bt pengisian2 yg berbeza antara medik n dentist..
Kurangkan diskriminasi, tingkatkan prestasi..


Jadi, program bermula dengan:


Slot 1-Forum: "Shining in Dental School"
       Panelist: Dr Dzulqarnain (senior) & Dr Ahmad Qodumi (Dr in JUST)
  

"Eh, macam biase nampak la Dr tu..kan?"

Haha..ni 1st impression aku sebaik je nampak Dr Ahmad Qodumi mlangkah masuk dewan..
Rupa2 nya, Dr ni la salah seorg instructor ktorg kt dalam lab Conservative Dentistry..
Owh ho..patut la..hehe
Bertuah kan, jumpe kat lab, tp xtahu name Dr..xpe2, aku xpenah amik markah dgn Dr ni..[alasan]

Lagi mengejutkan, bila sedikit latar blkg Dr dikisahkan..

Beliau merupakan salah seorg BEST STUDENT di JUST, dgn purata markah 92.1% !!
Subhanallah..
Lagi bertambah kekaguman ktorg, bila beliau bkongsi kisahnya mngenai markah 
purata tahunan yg beliau dapat, plg rendah adalah ketika di tahun pertama..
iaitu..haa..cube teka berapa?? jeng3...xingat exactly, tp sekitar 92% jugak la..
Dan bile semakin meningkat tahun, purata markah Dr semakin bertambah..!

Selain tu, byk juga yg Dr Ahmad Qodumi & Dr Dzul share pengalaman & tips..

Dan antara yg aku terkesan ialah :


-don't be inferior, but you're the most superior!
-you're not treat the tooth but you're actually treat the patient!-manage your life and know your priority
-write down your mistakes, know how instructor correct it & learn from it!
-you're the representative of Islam!


Slot 2-Talk & Module


Dalam slot ni, kami didedahkan mengenai prosedur2 amik history 
& belajar bt physical examination on patient..
Part ni agak interesting la jg sbb kite try bt kat kawan...
Sambil2 praktis bahasa Arab..haha..macam2 aksi lucu yg berlaku..
Nice!


Slot 3-Outdoor Activity

Main ala2 treasure hunt, tp dlm masa yg sama, kena selesaikan satu misteri..
(misteri ke eh..erm,.boleh la kut..xtahu ayat yg sesuai)
Tapi sygnya, team girls byk yg xsempat selesaikan sbb mula agak lewat..
Takpe2..bukan tu tujuan sebenarnye..
Apa yg lebih ptg, kena la sedar, dalam byk2 soalan tu,
mmg byk jugak la soalan yg xmampu dijawab dgn tepat..
Aduhh...subjek 2nd year tuh..haa...tu la akibat, dulu belajar sbb exm semata..
Dah la mase belajar dulu2, part muscles & nerves ni mmg part yg plg 'terer' skali,,

Erm, sila ambil tindakan!


Slot 4-Talk 
 "Living your life: What to expect & how to expect the unexpected?"


This talk was given by Prof. Dr Zakaria Bashayreh..
He's one of the JUST's Dr and also one of the BEST STUDENT in his Uni.(in Pakistan)
Subhanallah!

Memang hebat2 sungguh Dr2 kat JUST ni..
Kalau yg study kt over the sea tu satu hal..ni yg penah jd BEST STUDENT lg, 
mmg dah tak terkira!


Bila giliran aku???

Talk Dr Zakaria, ade 2 parts..
1st, Dr cerita pasal pjalanan hidup beliau..then Dr terangkan pulak psl ala2 motivasi la gitu..

Yang 1st part, nampak ramai dh start layu..erm, myb sb 2 faktor, iaitu dah penat & dah tepu..
Hehe,..tepu otak or tepu perut, haa..tu sendiri jawab..

Alhamdulillah, part pertama ni aku segar bugar je..semangat gak la dgr..agak menarik di situ..
Bile dah part2 last tu, banyak la makhluk yg bergayut2..ade jugak la aku tersungkur sikit..


Antara point2 yang aku tertarik ialah:


-Building of self confodence is not difficult, but it requires patience & intelligent effort.
-Don't delay until tomorrow!
-Be focused!
-Plan well & do work properly!


At the end, some of the participant (including me) asked him several questions..
Mula2, sejuk2 la jugak tangan nak tanya..But then, he said "a good question"..hehe
tak la bangga sgt pun..cume, tu juga mybe salah satu skill utk kita mgalakkan org (baca:pendengar)
bertanya soalan..Ye la, nak bercakp depan khalayak pun, perlu kan skill kan..

Erm, rasenye, ni mybe entry terpanjang yg pernah ditulis..
Mood nak menulis (baca:berkongsi) aku ni, mmg unexpected..

Moga sedikit sebanyak dpt refresh balik ape yg pernah dikongsi oleh Dr2 yg hebat2 ni..
Especially for myself..a good reminder maybe..

Moga dapat bertahan utk hari esok..
Sila kekalkan fokus & tuluskan niat!

Wallahua'lam







Kenapa perlu belajar ETHICS ??

Bismillah..

Semalam berkesempatan menemankan seorang sahabat bt pmeriksaan abdomen kt *KAUH..
Bangun2 , terus bersiap..Al maklum la, semenjak kelas summer sem ni start petang,
setiap hari dapat tidur yg cukup!

 King Abdullah Uni. Hospital

Cabaran pertama bermula ketika pjalanan menuju ke KAUH..
Bas biru yg sebijik tu, betul2 dipadatkan dgn para penumpang..
Dah musim panas ni, masalah bau badan pun makin mnjadi2..
ok, masih boleh bersabar..
Teringat, Nabi SAW dulu tak pernah anggap hina atau jijik
pada fakir miskin dan orang yg selebet2 nih..
Jadi, motivasi pagi di situ..Alhamdulillah

Setiba di hospital, kami ke bahagian Surgery..
Alhamdulillah, urusan kt situ dipermudahkan..mungkin jg sbb masih awal..
Kat situ, sahabat sy ni (Z) diperiksa oleh 2 orang Dr.
Dr pertama, kelihatannya macam Dr yg baru lepas grade..
masih muda dan tegap lg..
Lepas pemeriksaan, beliau dgn yakinnya mngatakan,
Z bebas drpd penyakit tersebut..Alhamdulillah..tp, ade sikit kurg yakin di situ..

Tak lama lepas tu,
Seorang Dr pakar pula masuk, dan bt pemeriksaan terhapad Z..
Cek punya cek, Dr 2 dgn yakinnya mngesahkan penyakit tersebut..
Aik, kurang dari 5 minit, 2 pendapat pengesahan berbeza kami terima..

Hurmm..mesti la yakin pada kenyataan Dr 2 kan..

Bukan nak cerita kelemahan Dr 1,
tapi cuma nak berkongsi perasaan..
Apa korang rase, kalau korg yg hadapi keadaan ni?

Masa tu, ape yg aku terdetik ialah..
"Tak nyesal aku tak amik medik!..Aku mmg xnak jd Dr (baca:doktor badan) .."


Hehe..student2 medik, jgn marah ye..
Erm, pengajaran di situ..

Selepas selesai urusan di bahagian Surgery,
Aku temankan Z ke bahagian Gynecology pulak..

Dipendekkan kisah, disebabkan masalah kurang profesional nya
para pekerja di situ, kami terpaksa menunggu sehingga 2 jam!
Tunggu..tunggu..dan terus menunggu..
Sampaikan shift Dr yg bertugas tu dah nak habis..

Sebelum tunggu tu, kami dh jumpa sekejap dgn dr tersebut,
then dapat notis utk bt appointment dgn beliau..
Patut nye, cepat je urusan tu, ye la dah dpt sign Dr kan..
Hurm..ujian lg di situ..

Sampaikan, bila kami dipanggil, jumpa balik dgn Dr tersebut,
Dr seakan terkejut & 'speechless' yg amat ketara..

Bukan ape, nk tunggu punya lama, 
utk pemeriksaan yg amat lah sekejapnya..
Hurmm, sampai dah kenal dgn macik file tu..
Sebab nya, asyik hilang je dari bilik dia, pastu asyik dipanggil..

Teringat jg, pengalaman kali pertama bjumpa Dr tersebut,
Dr macam tanya seakan nak marah..
Rasenye, time tu pagi lagi..takkan dah high blood pressure kut..
Pengajaran lagi..soal ETIKA..
Ya, etika sebagai seorg Dr..
amat-amat penting!

Jadi, bertuah lah badan, sbb sem ni, kami bakal di ajar mengenai
DENTAL ETHICS! yeah..
p/s: dapat belajar secara tak langsung, what's the objective of studying ETHICS..!



*KAUH = King Abdullah University Hospital

Wallahua'lam