Apabila takut dengan bayang-bayang sendiri

 Bismillah..

"Peristiwa ke atas anak kapal Mavi Marmara ini juga menunjukkan bahawa kita tinggal di dalam kepompong pemikiran kita sendiri yang menghalang kita dari melihat dunia dari perspektif penghuni dunia yang lain. Ahli psikiatrik mungkin akan membuat kesimpulan bahawa ini adalah tanda-tanda penyakit mental yang serius."


[Uri Avnery-Ketua kumpulan keamanan Israel]

Sedar tak sedar, dah 9 hari berlalu semenjak peristiwa berdarah 31 MEI 2010..
Isu besar ummat Islam yang mana kini telah menjadi isu besar ummat dunia secara keseluruhannya.


Alhamdulillah..
Perjuangan aktivis2 dari serata dunia telah berjaya membuka mata dunia
yg selama ini lena di dalam dunia sendiri..

Baru-baru ini, Uri Avnery (seorang Yahudi) dilaporkan telah dibelasah oleh Puak Yahudi berhaluan kanan di Israel, kerana menulis analisa tentang kejadian yang berlaku ke atas anak kapal Mavi Marmara baru-baru ini.
Beliau merupakan ketua kumpulan keamanan Israel, ‘Gush Shalom’


Moga-moga dengan doa2 kita setiap hari, memberikan ketenangan ke dalam hati
para pejuang Islam serta mampu memecah-belahkan kesatuan musuh2 Islam..


Tontoni video mengenai Parlimen Israel yang kecoh rentetan peristiwa 31 Mei 2010..

Berikut dilampirkan tulisan beliau untuk tatapan semua.


Bunuh seorang Turki dan Berehat seketika oleh Uri Avnery.

Di tengah-tengah laut dalam di perairan antarabangsa, sebuah kapal telah di tahan oleh tentera laut. Pihak komando menyerbu ke atas kapal. Beratus-ratus anak kapal itu cuba melawan dan pihak komando tentera laut membalas dengan kekerasan. Beberapa orang anak kapal telah terkorban, dan banyak yang cedera. Kapal itu kemudiannya di bawa ke pelabuhan dan semua penumpang di paksa turun dari kapal. Seluruh dunia dapat menyaksikan kejadian ini di pelabuhan, di mana anak kapal, lelaki dan perempuan, tua dan muda, semuanya dalam keletihan seorang demi seorang di kerah berbaris di antara dua orang askar…..

Kapal itu bernama “Exodus 1947”. Ia meninggalkan Perancis dengan harapan dapat menembusi sekatan Britain yang pada masa itu membuat sekatan laut menghalang pelarian ‘Holocaust’ daripada memasuki perairan Palestin. Jika dibenarkan memasuki perairan Palestin, para pelarian pasti akan mendarat di pantai Palestin dan pihak Britain terpaksa membawa mereka ke kem tahanan di Cyprus, sebagaimana yang mereka biasa lakukan sebelum ini. Episod ini biasa berlaku pada masa itu dan tiada siapa yang mempedulikannya lebih dari dua hari.
Tetapi orang yang berkuasa di Britain pada masa itu adalah Ernest Bevin, ketua Parti Buruh. Dia adalah seorang menteri di Britain yang gila kuasa, biadap dan angkuh. Dia tidak akan membenarkan beberapa orang Yahudi daripada melawan tindakannya. Dia telah membuat keputusan untuk mengajar mereka supaya seluruh dunia dapat menjadi saksi. “Ini adalah satu provokasi!”, kata Ernest Bevin dan dia sememangnya betul. Tujuan provokasi di atas kapal itu adalah untuk mengalih perhatian seluruh dunia ke atas sekatan Britain di perairan Palestin.

Kesudahan kisah ini semua orang pun tahu. Lama kelamaan, penduduk dunia semakin lama semakin perihatin dan bersimpati dengan para penumpang kapal Exodus 1947. Tetapi pihak berkuasa Britain tidak mempedulikan kecaman masyarakat antarabangsa dan akhirnya Britain terpaksa membayar harga yang mahal atas kedegilannya.

Banyak orang percaya, kisah pelarian ‘Exodus 1947’ ini merupakan titik tolak penubuhan Negara Israel di bumi Palestin. Britain akhirnya terpaksa akur dengan tekanan menggunung dari masyarkat antarabangsa dan akhirnya melepaskan tanggungjawabnya ke atas Palestin. Sudah pasti, ada banyak lagi kisah dan peristiwa yang menjadi penyebab tertubuhnya Negara Israel, tetapi ramai yang berpendapat kisah pelarian ‘Exodus 1947’ inilah merupakan pemangkin utama.

Bukan saya seorang sahaja yang terkenang akan peristiwa Exodus 1947 dalam minggu ini. Sebenarnya, adalah mustahil bagi orang yang pernah tinggal di bumi Palestin pada masa itu dan menjadi saksi kisah pelarian Exodus 1947 itu tidak ingat akan kejadian lampau berikutan peristiwa ke atas anak kapal Mavi Marmara baru-baru ini.

Sudah tentu ada banyak perbezaan utama di antara kedua-dua kisah tersebut. Penumpang ‘Exodus 1947’ adalah orang-orang yang terselamat daripada peristiwa ‘Holocaust’ manakala anak kapal Mavi Marmara adalah sukarelawan dari seluruh dunia. Tetapi persamaan ketara kedua-dua kejadian adalah seluruh dunia dapat melihat kekejaman tentera yang lengkap bersenjata menyerang anak kapal yang tidak bersenjata, yang cuba sedaya upaya mempertahankan diri dengan sedaya upaya dengan hanya mengunakan tangan dan kayu. Dulu kejadian berlaku di perairan antarabangsa iaitu 40 kilometer dari pantai Palestin dan sekarang is berlaku 65 kilometer dari pantai Palestin.

Jika kita cuba lihat peristiwa dahulu, tindakan pihak berkuasa Britain nampak bodoh tetapi kita harus ingat bahawa Ernest Bevin bukan orang yang bodoh dan pihak berkuasa tentera yang memberi arahan menggunakan kekerasan pada masa itu juga pun bukan orang yang sangat bangang. Mereka ini adalah pihak yang menang semasa Perang Dunia Pertama satu masa dahulu.

Berbalik kepada kisah sekarang, Ehud Barak adalah Bevin Israel. Dia pun bukan si bodoh, begitu juga orang atasan dalam tentera Israel. Walau bagaimanapun, mereka mereka inilah yang bertanggungjawab melakukan tindakan yang sangat bodoh, yang boleh memberikan implikasi buruk yang sangat sukar dibayangkan. Yossi Sarid, bekas Menteri Israel dan kini seorang pengulas mengatakan mereka yang terdiri dari tujuh orang ahli jawatankuasa yang membuat keputusan berkenaaan keselamatan Israel ini adalah ‘Tujuh Si Bodoh”. Bagi saya gelaran bodoh kepada mereka merupakan satu penghinaan kepada orang bodoh kerana mereka ini lebih bodoh dari orang bodoh.

Persediaan untuk penghantaran bantuan ke Gaza melalui kapal-kapal ini telah dibuat lebih dari setahun yang lalu. Beratus-ratus email telah berbalas-balasan dalam komunikasi untuk pembikinan projek ‘flotilla’ ini. Saya sendiri telah menerima email berkenaan perkara ini. Tiada rahsia tentang projek berkenaan. Ia adalah projek terbuka yang diketahui umum.

Pihak berkuasa Israel mempunyai banyak masa untuk menangani rancangan penghantaran bantuan ke Gaza melalui jalan laut ini. Banyak tidakan telah dibuat dan dirancang tetapi satu pun tidak dapat membantu dan menyelesaikan perkara ini di pihak Israel.
Idea bernas penghantaran ‘Flotilla’ ini adalah untuk memecahkan sekatan haram Israel ke atas Palestin. Tindakan ini memberikan dilema kepada Israel dan semua altenatif tindakbalas kepada tindakan pihak sukarelawa tidak menguntungkan kerajaan Israel sama sekali.

Alternatif tindakan yang boleh di ambil oleh pihak Israel adalah seperti berikut:
(a) Membenarkan ‘flotilla’ sampai ke Gaza tanpa sebarang halangan. Setiausaha kabinet Israel menyokong alternatif ini. Tindakan ini boleh menyebabkan sekatan Israel akan berakhir kerana jika ‘flotilla’ dibenarkan masuk, maka akan datang pasti akan ada bayak lagi ‘flotilla’ yang lebih besar menyusul.
(b) Menahan kapal-kapal tersebut di perairan Israel dan memeriksa kargo yang dibawa untuk memastikan mereka tidak membawa senjata atau pengganas. Seterusnya membenarkan kapal-kapal itu meneruskan perjalanan mereka. Tindakan ini mungkin akan menyebabkan sedikit protes dari masyarakat antarabangsa tetapi pihak Israel masih dapat mengekalkan prinsip sekatan ke atas Palestin.
(c) Menawan kapal-kapal tersebut di perairan antarabangsa dan membawa mereka ke pelabuhan Ashdod. Tindakan ini membawa risiko penentangan dengan para aktivis di atas kapal.

Seperti kebiasaan yang dilakukan oleh kerajaan kita apabila berhadapan dengan pilihan-pilihan yang buruk, Kerajaan Israel pimpinan Netanyahu memilih pilihan ketiga iaitu pilihan yang paling buruk.
Sesiapa sahaja yang mengikuti perkembangan dan persediaan penghantaran ‘flotilla’ ini pasti dapat menjangkakan tindakan menawan kapal pasti akan mengakibatkan berlaku pertumpahan darah dan kehilangan nyawa. Seseorang tidak boleh fikir dia akan di sambut oleh budak-budak perempuan yang comel-comel dilengkapi dengan kalungan bunga semasa cuba menawan kapal Turki. Orang Turki bukanlah orang lembut yang senang mengalah, mereka pasti melawan.

Arahan yang diberikan kepada pihak komando dalam serang tersebut adalah mesti menawan kapal tersebut dengan apa jua cara sekalipun. Ini mengakibatkan keselamatan anak kapal tersebut tidak dipedulikan sama sekali. Yang penting adalah keselamatan diri mereka sendiri dan mencapai objektif menawan kapal itu.
Jika Binyamin Netanyahu, Ehud Barak, Ketua Staff and Komander Tentera Laut tidak menyedari bahawa tindakan menawan kapal bantuan dari Turki itu akan mengakibatkan pertumpahan darah dan kematian, maka kita boleh membuat kesimpulan bahawa mereka-mereka ini tidak layak untuk memegaang kuasa di Israel. Mereka ini perlu di ingatkan dengan kata-kata Oliver Cromwell di Parlimen di satu masa dahulu. 
Cromwell pernah berkata, “Kamu telah berada di tampuk kuasa sangat lama dan sudah tidak memberi apa-apa kebaikan lagi. Pergi! Kami sudah habis dengan kamu. Dengan nama tuhan, Berambus!”.

Peristiwa ke atas anak kapal Mavi Marmara ini juga menunjukkan bahawa kita tinggal di dalam kepompong pemikiran kita sendiri yang menghalang kita dari melihat dunia dari perspektif penghuni dunia yang lain. Ahli psikiatrik mungkin akan membuat kesimpulan bahawa ini adalah tanda-tanda penyakit mental yang serius.
Propaganda kerajaan Israel dan tentera memberikan gambaran bahawa pihak tentera kita yang gagah berani, sensitif dan berkaliber telah menaiki kapal Mavi Marmara untuk berunding tetapi telah diserang anak kapal tersebut yang bertindak liar tanpa mengikut norma-norma kemanusiaan.
Pada hari pertama kejadian, boleh dikatakan semua media Israel menerima versi di atas. Sememangnya orang Yahudi termasuklah tentera Israel seringkali menjadi ‘mangsa’. Memang benar kita telah menyerang dan menawan kapal asing yang dilihat sebagai ‘ancaman’ kepada keselamatan Negara kita, tetapi cuba lihat pada persepktif anak kapal yang tiada pilihan selain dari mempertahankan diri dari diceroboh dan diserang oleh komando tentera kita.

Tragedi ini juga mengingatkan kita kepada ungkapan orang Yahudi yang popular iaitu, “Bunuh Seorang Turki dan rehat seketika”. Peribahasa berkenaan adalah pesanan seorang ibu Yahudi di Rusia yang berpesan kepada anaknya yang sedang bersiap menyertai tentera Czar Rusia dalam perang menentang Turki pada tahun 1877.
Ibu Yahudi itu berkata, “Anakku, dengar sini, bila kau berada di barisan hadapan, bunuh seorang tentera Turki dan kau berehatlah. Kemudian bunuh lah seorang lagi tentera Turki dan kamu berehat lah.”
Anaknya membalas, “Tapi ibu, jika berehat, tentera Turki mungkin akan cuba membunuh aku.”
Si Ibu dengan terkejut menjawab, “Ya Tuhanku, apa masaalah tentera Turki dengan kau wahai anakku?.”
sumber : 
[palestinkini.info/9 jun 2010]
The Palestine Telegraph dan Tikkun Magazine
penterjemah : ahmad rusydan





Wallahua'lam

Kisah MEI (suka vs duka)

Bismillah.


Alhamdulillah3x
Atas nikmat iman & islam.
Aku masih masih bernafas di bumi Allah ini..

Demi masa..

Bagi aku, bulan MEI ni mmg spesial..
sape tak setuju, angkat ibu jari kaki!

Kenape??

Sebab...(Jom, nak share beberapa fakta2 menarik!)

Umum
> 1 MEI - Hari Buruh SeMalaysia ( ke sedunia eh?)
> Ahad minggu kedua - Hari Ibu
> 13 MEI - Peristiwa berdarah tanah air (+ bday AYU & AKMAL)
> 16 MEI - Hari Guru
etc  (sbb xbrpe igt)

Famili
> 4 MEI - Tarikh kelahiran abg 2nd ku
> 9 MEI - Tarikh kelahiran adik ku
> 14 MEI - Tarikh kelahiran aku
> 31 MEI - Tarikh kelahiran abg 1st ku

Dipendekkan kisah, anak2 yg ke 2 dan ke bawah dlm family aku, sume lahir dlm bulan MEI.=)

Kawan-kawan
- sampai ke saat ni, aku dah jumpe 3 orang yang same tarikh lahirnye dgn aku..
> Syahril Nasyriq bin Hadi (class-mate) [SMAPL]
> Zatul Amrah bt Muhammad Nazri (room-mate) [INTEC]
> Adik Syah (class-mate) [PLKN] ( sori syah, xigt ape name penuh ko..n nape ntah panggil ko adek)
> ..............    .(soul-mate)

Lucu
> orang wish sebulan awal..pastu confident habis..bile org bgtahu yg betul, xnak caye..
   (haha...thanx jg, sbb ko igt kan aku pasal ni...nasib la badan...)
> ade pulak tu org tanye..
  "mi, esok bday ko eh..?"
   .......(muka blur + tergelak2)
  "haha...aku tak tahu nak bt expression cmne, sbb xpenah org tanye cmtu.." (wajar ke soalan ni eh? haha)
 

Selain tu, antara peristiwa bertuah yg pernah berlaku pada 14 MEI
> Seminggu hari raya (14 MEI 1989)
> Maulud nabi (zaman skolah menengah, xigt exactly tahunnya)
   -igt lg, kol emak kat public phone hostel, n cakap
   " tahun ni, maulud nabi, maulud sy jugeee.." (selepas diolah)
> Untuk tahun ni, jatuh pada Sayyidul Ayyam (penghulu segala hari)...
   -Alhamdulillah...

         ++++++

Fakta2 ni, yang umum tu , komfem la semua org tahu kan?

Tapi,
Sape yang perasan, ada lagi 1 fakta umum,
yang lebih penting drpd semua tu, yang kita tak tahu, atau kurang ambil tahu..??

Cepat, mengaku sekarang! (haaa....)


14hb MEI 1948,
Merupakan tarikh keramat di bumi Palestin,
bilamanaYahudi Zionis telah mengumumkan Negara Haram Israel!

British mengundurkan tentera & pemerintahannya ke atas Palestin apabila
'Negara Israel' yg merdeka diisytiharkan secara rasminya pada 15hb MEI 1948.


Perkara ini juga dikenali sebagai NAKBAH PALESTIN,
yang bermaksud, malapetaka @ bencana besar yg menimpa Palestin,
rentetan drpd penubuhan negara haram tersebut.

Kesannya, Yahudi Zionis telah mengusir lebih drpd 60% (kira-kira 800 000 org) penduduk Palestin,
menghancurkan perkampungan mereka, selain membunuh penduduk tempatan. Perkara ini berlanjutan
dan masih berterusan sehingga ke hari ini!

                                     ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Dalam kita bergembira, sebenarnya masih ramai lagi yang menderita.

Masih terkesan hingga kini, kata2 seorang insan..

" Orang selalu ingat hari lahir je..Tapi hari mati tak pernah nak ingat.." 

                   ...gluurrrppp...

Ingat, semakin bertambah usia, petanda semakin singkat masa di dunia.

Sama-sama kita renungkan...


*nway, thanx pd semua yg wish & doa2 yang diberikan..=)

10 biggest habits damaging the BRAIN!

Bismillah


No breakfast
-going to have a lower blood sugar level
-lead to insufficient supply og nutrient to brain
-causing brain degeneration

Overeating
-causes herdening of the brain arteries
-lead to decrease in mental power

Smoking
-causes multiple brain shringkage
-may lead to Alzheimer disease

Air pollution
-decrease the supply of oxygen to brain
-since brain is the largest oxygen consumer in body
-lead to decrease in brain efficiency

High Sugar Consumption
-will interrupt the absorption of protein & nutrient
-causing malnutrition
-and interfere with brain development


Sleep Deprivation
-sleep allows brain to rest
-long term deprivation, will accelerate
death of brain cells!

Head covering while sleeping
-increase CO2 concentration
-& decrease O2 concentration
-lead to brain damaging effect

Working your brain during illness
-working hard @ studying, lead to decrease
effectiveness of the brain

Lacking in stimulating thoughts
-may cause brain shrinkage
-boost your brain with some IQ test
eg:play games that use strategies & logics
(sudoku etc)

Talking rarely
-intellectual conversation will promote
the efficiency of the brain

So, let's start the right habits today!!!

Sudah Sunnatullah

Bismillah..

         "Dan persiapkanlah dengan segala kemampuan untuk menghadapi mereka dengan kekuatan yang kamu miliki dan dari pasukan berkuda yang dapat menggentarkan musuh Allah, musuh2 mu dan orang2 selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; tetapi Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu infakkan di jalan Allah nescaya akan dibalas dengan cukupkepada mu dan kamu tidak akan dizalimi (dirugikan)."

[Al-Anfal,8;60]


Masih dalam 'exam mode' yang tak sudah-sudah...

huhu..

Sudah sunnatullah..
Untuk berjaya, memang memerlukan persiapan
& persediaan secukupnya..

Jihad kita di medan ilmu!
Jihad kita menentang hawa nafsu & sifat malas!

Ingat,
tak satu pun usaha kita yg Allah sia2 kan!
Muslim mesti kuat & bijak!


All the best utk kawan2 semua...
Don't give up!!!


p/s: To dak2 medik, selamat mhadapi 'sistem' baru..=)

Kisah Ujian Dunia




Bismillah..

Midterm + 2nd exam,2nd sem.
3rd year dentistry student 2010,
JUST, JORDAN

5/4 - Internal Medicine
10/4 - Prosthodontics
11/4 - Conservative Dentistry
14/4 - Oral Pathology
17/4 - Oral Radiology
21/4 - Biostatistics
28/4 - Surgery & Anesthesia

Ujian dunia..
Moga2 usaha yg dicurahkan, 
menjadi pemberat utk ujian Akhirat kelak.

Muslim perlu kuat & bijak!

Jihad ku di sini~

*Doakan aku n kawan2 semua..berjaya dunia + akhirat!

Kongsi Kisah 1

Assalamualaikum 


Ramai dalam kalangan kita, rata2 tahu mengenai masalah umat Islam di Palestin.  
Namun, tidak ramai yang mahu mengambil tahu secara serius atau konsisten, perkembangan di sana. Mungkin salah satu sebabnya bpunca drpd kurangnya kefahaman dan tidak memahami kepentingan tanah Palestin itu sendiri, sbg sebuah kota suci umat Islam. 

Rentetan Kursus Penggarapan Al-Quds yg telah aku hadiri 2 minggu lagi, suka lah utk aku sama2 bkongsi sedikit sebyk input yg aku perolehi dari sana. 
InsyaAllah, input2 akan di'post' secara berkala. Input akan disampaikan dlm bentuk ringkas2 sahaja ya..sesuai utk semua peringkat umur..teruskan membaca!

 
Kongsi Kisah 1 : 


Kenape kite perlu ambil tahu isu saudara2 kite di Palestin??
 
Kata2 biase..tak kenal maka tak cinta.. Aku rase, ramai antara kita tak begitu ghairah utk mengambil tahu isu2 Palestin, mgkin disebabkan kita sendiri tak tahu kepentingannya kepada kite, umumnya sbg umat Islam.. Untuk part pertama ni, kite cerita ringkas, apakah signifikasi Palestin kpd umat Islam. 


1- Baitul Maqdis merupakan kiblat pertama umat Islam.

2- Al-Aqsa merupakan masjid kedua dibina, selepas Masjidil Haram.

3- Baitul Maqdis merupakan kota besar Islam ketiga.  

4- Baitul Maqdis merupakan negeri Isra' & Mi'raj Nabi Muhammad SAW.
 
5- Baitul Maqdis merupakan negeri para nabi terdahulu.
 
6- Baitul Maqdis merupakan negeri perjuangan.

 
Cukup setakat ini dahulu. Beri laluan kpd study..cewah3.. 

Kongsi Kisah akan datang --> Ape beza Baitul Maqdis dan Masjid Al Aqsa ???
  (boleh pikir2 kan ye...)
p/s: sebarang kesalahan atau tambahan, amat dialu2kan..
aku tidaklah master dlm isu palestin ni, 
tp kita cuba same2 bkongsi pngetahuan..ok!

Kisah hujung minggu

Bismillahirrahmanirrahim...
Padah akibat dah tahu, tapi buat tak tahu..
Haa..kan sendiri yang susah!
Huhu
angkara siapakah ini..??
Al-kisahnya,
Dah tahu dah ade koloni kulat mula migrate &
membina perkampungan kat belakang almari tu,
tapi sbb kurang rajen (baca: malas),
buat tak tahu je..
Sekarang dh merebak2..
mangsa keadaan...
Nampaknya, terpaksa la korbankan hujung minggu ni,
bermanja2 dgn kulat2 kat dlm bilik tu..
Susun atur semua kena ubah..
Dengan kudrat yang tak seberapa ni,
Ku gagahi jua..
Antara cara2 nak basmi kulat kt dinding:
-kikis cat yang dah menggelembung
-cuci/lap dengan clorox @ cuka
-cat balik dinding tu
Atau terus je tampal dgn pembalut
kat dinding yg dh terhakis tu..
selepas dinding di kikis2..
Tq to kawan2 yg bagi petua ni..moga2 berkesan la ye.
.
Tq jugak to osmate, bersama2 menolak almari malam td..
Dgn peristiwa air bunga yg tumpah ..
Wah, aku mandi bunga ke?? Hehe..
Nasib baek bukan air gigi yang tumpah tu!
selain buat kerja2 di lab, bergune juge utk kegunaan di rumah!
kredit juga terutamanya kpd penaja cat!