Showing posts with label Kisah KASIH. Show all posts
Showing posts with label Kisah KASIH. Show all posts

Kisah K

Bismillah..

Alhamdulillah, berpeluang lg aku pulang ke tanah air
 utk KALI PERTAMA tahun ni..hehe
Cuti 4 minggu, tp seminggu je yang betul2 aku duk rumah..
Masuk minggu kedua, berkelana di Kuala Lumpur, 
utk prog di UiTM di Hatiku..


Tepat jam 12.30am 20/1/2011,
 aku selamat sampai ke rumah, lepas 4hari 3 malam di sana..
Sempat la packing2 barang kejap, 
then lebih kurang jam 11++ am tu, 
bertolak ke utara tanah air pulak..
menuju Kedah, Perlis & LangKawi,
for the next 4days & 3nights.


shopping..


island hopping di Langkawi


Then rehat 2-3 hari kat rumah..
Packing barang utk kali ketiga..
Jam 9pm, mula bertolak ke Kelantan, for the next destination..
fuhh...lagi, 4malam 3hari..
perjalanan yg ketiga ni, dah kurang momentum berjalan.
Tapi ku gagahi jua..ewahh..
demi meraikan kawan sepengajian yg bakal berumah tangga..
Menyelam sambil minum ayor..
Alhamdulillah, semuanya lancar..

Sempat kami bermalam di tepi Pantai Cahaya Bulan,
dalam keadaan angin yg bukan lg sepoi2 bahasa, 
tp angin yg kuat sampai bahasanya tak dpt difahami..

Bertuah jg rasanya dpt tengok sendiri budaya org Kelantan ni..
Agak berbeza sikit la dgn budaya perkahwinan yg biasa aku hadiri..

Akad nikah diadakan di sebelah pg, jam 1030 am..
Sebaik selesai lafaz akad, kami pun tiba..
hadoii, xsempat nk dgr cara org Klate sebut akad..
Dengan bahasa Melayu fushah ke, bahasa Klate eh? hehe..


Kak jiji & Shakir selemat diijab kabul..




Then selesai acara di masjid, tetamu datang ke rumah n 
pengantin amik2 gambar..then makan..
Sumer ni berlaku cepat je..agak2 klu org tido kt bilik, mmg xsedar la
tengah ade org bersanding kt luar tu, sbb xbising sgt pun..
Berbeza dgn yg biasa kt tempat aku, 
kenduri biasanya meriah sbb diiriingi paluan kompang..
Sempat jg aku bertanye pd pokcik Fauzi,
 katenye kt sane mmg jarang org berkompang..

Owh, baru ku tahu

Then pengantin mengenakan persalinan kedua..
lepas diorg siap, ade la acara amik2 gambar..
Ni pun org kt luar cam xsedar ape yg berlaku kt dalam.

Secara kesimpulannya, majlis ni nampak ringkas n berbeza sikit 
ngan yg biasa aku alami..
Ye la, lain tempat lain caranya & lain org, lain bajetnye..
Ape pun, yang penting tujuan kenduri tu sendiri diadakan, 
utk meraikan pasangan pengantin
n menjamu tetamu..
dan bebas drpd unsur2 yang bertentangan syariat..

Apepun, Selamat Pengantin Baru buat Kak GG & ShaKir!








Owh ya, mesti ade yg tertanya, apasal tajuk entri, Kisah K..?
Heheh, agak2??
K stands for banyak benda kut yg berkaitan ngan cerita aku ni..
K-Kelantan
K-Kawen
K-Kawan
K-Kir (name glamur shakir kut)
K-Kak jiji
K-Kedah
K-Korang bile pulaK..?




Wallahua'lam~







Kisah Anak Perak

Bismillah



Alhamdulillah!
Selesai sudah Mesyuarat Agung Tahunan, (AGM) 
Badan Kebajikan Anak Perak Jordan (BKAPJ) bg sesi 2009/2010..

Sepagi tak sedap perut & xselera makan..
Haha..
Nak kate nervous, erm, xde benda pun nak di cuakkan..
Lumrah alam la kut kan..
Kalau sumthing important utk kita, 
mesti physiology badan pun jadi xstabil..

Apepun, beberapa perubahan yg dapat dilihat,
jika dibandingkan dengan AGM tahun sebelum ni:-


I- Ahli Jawatankuasa (AJK)

Dari segi pemilihan tempat, amat2 la selesa & mendamaikan..
Siap ade pelamin lg..Persegaran, ok, sedap!
Tapi kesian VIP..orang Klate..dok make pedass..
Cenderahati & persiapan2 laen..
Amat memuaskan..Korang memang the best lah!!
Syabas diucapkan..!
Walaupun dalam keadaan kekurangan tenaga kerja
dan kemudahan2 laen, kalian tetap mampu 
menghasilkan suatu yang diluar jangkaan!




II- Individu & Pemimpin

Memetik kata2 pengerusi majlis, merangkap Penasihat BKAPJ yang baru;.

"Tak lengkap sebuah rumah kalau tanpa tingkap, pintu, atap dan lain2 nya..
Hatta pasir dan batu-bata juga adalah elemen penting dalam penghasilan sebuah rumah.."
(ayat selepas diolah tanpa menukar maksud asal)

Persatuan tanpa ahli, takkan bergerak..
Ahli tanpa pemimpin, takkan melangkah setapak..
Tapi lebih teruk lagi, bilamana ahli yang dilantik sbg pemimpin,
turut kurang rasa tanggungjawab utk hadir pada agenda tahunan persatuan..
Walau persatuan kurang memberi keuntungan, 
tapi sekurang-kurangnya sedarlah bahawa itu masih di dalam tanggungan..


III- Buletin

Dalam tugasan lalu, aku turut diamanahkan 
memantau Biro Akademik & Kerohanian..
Terasa kurang bekerja pada sesi sebelumnya, 
dengan taklifan yang sama, jadi aku cuba sedaya upaya 
utk membantu Biro tersebut memberi sesuatu yg bermanfaat utk para ahli..

Alhamdulillah, 
terhasillah 3 edisi Buletin bulanan + Buletin Bumper BKAPJ '10
Harap semua berpuas hati, dgn hasil kerja kami
yg tak seberapa ni..not bad  la as a beginner..=P

Oh ya, juga nak minta maaf kalau soalan kuiz tu susah sgt..
Tu tandanya, ramai lagi ahli2 BKAPJ yang kita xkenal..
hurm..hadiah ade lg, kalau ade sape2 yg nak..hehe

Di sini, sy sertakan salah satu kuiz bergambar yg terdapat dlm buletin..


soalan: Berapa orangkah ahli BKAPJ yang terdapat dalam gambar di atas??

Okeh..cara nak tahu jawapannya-
1-kenal pasti, ade berapa kotak asal dlm gambar tersebut
2-then, cuba kenal pasti,
ade berapa orang dalam setiap satu kotak..
3-Tengok dengan teliti! hehe
Ade gambar yang berulang kan!

ok? give up dah??
ni disertakan jawapan...jeng3
4 kotak asal..2 gambar dlm stp kotak,
kecuali dalam kotak pertama..
maka..7 orang kesemuanya..=P


Lastly, setinggi-penghargaan diucapkan buat semua yg menjayakan AGM 
BKAPJ kali ini..
Terutama kepada AJK pelaksana..
Lebih2 lagi pada semua yang hadir!
Amat2 terharu dgn sahabat2 dari Mu'tah
yang sanggup bergerak seawal jam 1 pagi,
semata2 utk menghadiri AGM kali ini..
Especially kak Mira, demam2 pun sanggup datang..
Tabik spring la kat akk!

"Setiap dari kita adalah pemimpin, dan kita bertanggungjawab atas pimpinan kita.."

Sekurang2 nya, kita adalah pemimpin utk diri sendiri!

wallahua'lam









Kisah Kasih Ibu Ayah

Bismillah... tet tet...tet tet.... From: Abah / 08032010 / 21.24
"Salam. Moga sihat ceria. Fauzi (anak nenek Acik) akan dtg ke irbid. Abah ade kirim sikit barang.."
To: Abah /08032010/ 17.47
"Wsalam. yeke..buat ape & bile?..oo,time kasih bah..abah bg pucuk ubi ke?hehe..."
From: Abah /08032010 / 22.54
"Pucuk ubi ade. Macam2 ade.." .......
Tersengih panjang...sbb macam tak brape nak percaya.. ....... Selepas sehari semalam menanti.. Jeng3... Alhamdulillah.. kan abah dah kate..hehe
wow!!! semua yg favourite!
antara yang memberatkan kotak..mangga muda!!
ikan bilis segar
Mak kesian tgk ikan bilis kat rumah kitorg yang dah tak berape nak elok. Akibat tak letak dlm peti sejuk...byk sgt ktorg bawa dulu..so tak muat nk letak semua..huhu
baulu, kek lapis & surat cinta mak abah
ikan masin, pucuk ubi, daun so, cili padi & bunga kantan
Trime kasih mak abah.. ni petanda kena rajin2 memasak ke ni..?? hehe Paham2.. Dan hasilnya...
Pucuk Ubi Masak Lemak Ikan Masin!
nyum3...
tambahan: ayam goreng
* Sambal kicap-tiada dalam gambar Mak2 memang sgt prihatin terhadap kegemaran anak2 nya.. Huhu.. Terharu bace surat cinta mak.. InsyaAllah mak, sy akan teruskan menjadi hamba yang bersyukur.. Alhamdulillah!

Kisah 4:Cukuplah Al-Quran dan mati itu sebagai peringatan

Siapa sangka, mesej gembira yg dihantar, mesej sedih yg dibalas. Tiada yang kekal, melainkan Sang Pencipta. Al-Fatihah Buat nenek ku (belah abah) .. MASBAH BT HASSAN yang telah mhembuskan nafas terakhir, jam 10.50pm waktu Msia (4.50pm waktu Jordan), semalam.
Nenek ceria semasa raya 2009
"Cukuplah Al-Quran dan mati itu sebagai peringatan" Al-Fatihah.

Kisah 3 : Ulang Bulan!

4:32 PM Posted by umiefull 5 comments
Salam petang selasa semua.. Patut la pagi tadi rasa nak call rumah sangat. Tapi tahan, tunggu genap seminggu baru call. (salah ke eh?) Rupa-rupanya, mak pun ada instinct yang sama! Tengah kelam kabut nk bsiap ke jamiah, dapat 1 call yg tak disangka2.. "Kamu tak ingat ke hari ni hari ape?" Dalam hati.."Eh, b'day sape pulak hari ni..mak ke? abah ke?.." "ooo..dh genap sebulan mak, abah n kakni dtg sini ek..?" "haa..tau xpe..dah ulang bulan mak dtg sane.." "Ulang bulan?? Haha..oo, yela, nak kate ulang tahun, belum genap setahun lg ek.." .... Lebih kurang gini la, perbualan aku n mak.. (selepas diubah suai) Sejak seminggu klas ni, mmg dah leka dgn study yg makin mcabar. Tapi mak duk kat rumah sorang2 je. Mesti asyik terkenang2 aje.. Sampaikan 'ulang bulan' pun, mak ingat! Yela, sbb baru sebulan. Haha..comel je mak.
Mak kena paksa bt 'peace'..hehe..comel tak?
Tapi walau sesibuk mane pun, kenangan bersama mak, abah & kakni, tetap segar dalam ingatan.. Syukur tak terhingga..Allah kurniakan kenangan terindah!
Aksi sporting mak, kakni & abah
Thanx mak, sbb call pagi2.. Since mak datang sini, mak dah pandai timing masa utk call! Hehe.. Sayang mak!! p/s: pasni wat post pasal abah pulak..jgn mare ye bah..