Showing posts with label Kisah AKU. Show all posts
Showing posts with label Kisah AKU. Show all posts

Kisah Kilinikal

Bismillah..

"Patut la Dr kate 'good' je..sbb tu dapat 1..kalau Dr kate 'excellent!' baru dapat 2 kot.."
 "Tapi, tadi aku nampak ade Arab tu dapat 3!.."

Nasiha & Shakirah saling berpandangan pelik..

Tiba-tiba..

"HAhahahahahHAhha"

"La, ko xtau ke, kalau markah sikit, tu maknanya lg bagus.."
"Markah penuh 5..kalau dapat 5, tu maknaya FAILED!"
"Ko dapat 1 tu,kire dapat FULL MARK la..."

 ***********

Minggu ni, dah masuk minggu ke 4 aku di alam KLINIKAL..
Bersamaan tahun ke 4 aku berkelana di Bumi Joden ni..

Alhamdulillah..

Tapi hakikatnya, terlalu banyak lagi perkara yg aku xtahu..

Haha...

Berjalan balik dari klinik *CONSERVATIVE DENTISTRY tadi,
duk asyik pikir pasal markah..
Lega betul bila dpt tau pasal sistem pemarkahan kt klinik CONS td..

Haha..

Still tak boleh lupe..

Patut la, Arab yg dpt markah 3 tadi, banyak pulak teguran dari Dr...

Bukan kate buat sbb nak markah bagus..
Tapi, ye la, baru buat kan..
Mesti la terdetik dan ade la sikit utk mengharapkan pujian or at least Dr puas hati..



Hurm, betul kate my 'assisstant' tadi..

"Nanti dah kerja, dah xde sape nk bagi markah lagi.."

Betul2!!!
Buat bukan sbb markah..tapi sebagai latihan..
Insaf2 la weii..

Astaghfirullah...
Kalau buat sbb nak dapat markah bagus / 'sikit' ,
 jadi bila tak dapat,
akan rasa kecewa & down sekejap..

Tapi kalau dah set minda dari awal, buat sbg satu latihan,
utk belajar dari kesalahan & utk tingkatkan kemahiran,
jadi bila mana dapat banyak teguran, rasa lagi bermanfaat & semangat...

Lagi2 kalau ingat Allah dari awal, mesti lebih tenang & perasaan pun terkawal..
InsyaAllah..

 




*CONS - klinik untuk buat tampalan gigi/rawatan akar gigi









.



Dilema


Bismillah..
 
Dalam dilema..
Antara 2 persimpangan..
kepercayaan orang
vs
kepercayaan diri sendiri..
Kurang dari 12 jam utk berfikir..
Keputusan utk masa depan..
Diri sendiri & orang laen..

Ya Allah..
Mohon petunjuk Mu..
Menuju redha Mu..

+_+

Kisah MEI (suka vs duka)

Bismillah.


Alhamdulillah3x
Atas nikmat iman & islam.
Aku masih masih bernafas di bumi Allah ini..

Demi masa..

Bagi aku, bulan MEI ni mmg spesial..
sape tak setuju, angkat ibu jari kaki!

Kenape??

Sebab...(Jom, nak share beberapa fakta2 menarik!)

Umum
> 1 MEI - Hari Buruh SeMalaysia ( ke sedunia eh?)
> Ahad minggu kedua - Hari Ibu
> 13 MEI - Peristiwa berdarah tanah air (+ bday AYU & AKMAL)
> 16 MEI - Hari Guru
etc  (sbb xbrpe igt)

Famili
> 4 MEI - Tarikh kelahiran abg 2nd ku
> 9 MEI - Tarikh kelahiran adik ku
> 14 MEI - Tarikh kelahiran aku
> 31 MEI - Tarikh kelahiran abg 1st ku

Dipendekkan kisah, anak2 yg ke 2 dan ke bawah dlm family aku, sume lahir dlm bulan MEI.=)

Kawan-kawan
- sampai ke saat ni, aku dah jumpe 3 orang yang same tarikh lahirnye dgn aku..
> Syahril Nasyriq bin Hadi (class-mate) [SMAPL]
> Zatul Amrah bt Muhammad Nazri (room-mate) [INTEC]
> Adik Syah (class-mate) [PLKN] ( sori syah, xigt ape name penuh ko..n nape ntah panggil ko adek)
> ..............    .(soul-mate)

Lucu
> orang wish sebulan awal..pastu confident habis..bile org bgtahu yg betul, xnak caye..
   (haha...thanx jg, sbb ko igt kan aku pasal ni...nasib la badan...)
> ade pulak tu org tanye..
  "mi, esok bday ko eh..?"
   .......(muka blur + tergelak2)
  "haha...aku tak tahu nak bt expression cmne, sbb xpenah org tanye cmtu.." (wajar ke soalan ni eh? haha)
 

Selain tu, antara peristiwa bertuah yg pernah berlaku pada 14 MEI
> Seminggu hari raya (14 MEI 1989)
> Maulud nabi (zaman skolah menengah, xigt exactly tahunnya)
   -igt lg, kol emak kat public phone hostel, n cakap
   " tahun ni, maulud nabi, maulud sy jugeee.." (selepas diolah)
> Untuk tahun ni, jatuh pada Sayyidul Ayyam (penghulu segala hari)...
   -Alhamdulillah...

         ++++++

Fakta2 ni, yang umum tu , komfem la semua org tahu kan?

Tapi,
Sape yang perasan, ada lagi 1 fakta umum,
yang lebih penting drpd semua tu, yang kita tak tahu, atau kurang ambil tahu..??

Cepat, mengaku sekarang! (haaa....)


14hb MEI 1948,
Merupakan tarikh keramat di bumi Palestin,
bilamanaYahudi Zionis telah mengumumkan Negara Haram Israel!

British mengundurkan tentera & pemerintahannya ke atas Palestin apabila
'Negara Israel' yg merdeka diisytiharkan secara rasminya pada 15hb MEI 1948.


Perkara ini juga dikenali sebagai NAKBAH PALESTIN,
yang bermaksud, malapetaka @ bencana besar yg menimpa Palestin,
rentetan drpd penubuhan negara haram tersebut.

Kesannya, Yahudi Zionis telah mengusir lebih drpd 60% (kira-kira 800 000 org) penduduk Palestin,
menghancurkan perkampungan mereka, selain membunuh penduduk tempatan. Perkara ini berlanjutan
dan masih berterusan sehingga ke hari ini!

                                     ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Dalam kita bergembira, sebenarnya masih ramai lagi yang menderita.

Masih terkesan hingga kini, kata2 seorang insan..

" Orang selalu ingat hari lahir je..Tapi hari mati tak pernah nak ingat.." 

                   ...gluurrrppp...

Ingat, semakin bertambah usia, petanda semakin singkat masa di dunia.

Sama-sama kita renungkan...


*nway, thanx pd semua yg wish & doa2 yang diberikan..=)

Sudah Sunnatullah

Bismillah..

         "Dan persiapkanlah dengan segala kemampuan untuk menghadapi mereka dengan kekuatan yang kamu miliki dan dari pasukan berkuda yang dapat menggentarkan musuh Allah, musuh2 mu dan orang2 selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; tetapi Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu infakkan di jalan Allah nescaya akan dibalas dengan cukupkepada mu dan kamu tidak akan dizalimi (dirugikan)."

[Al-Anfal,8;60]


Masih dalam 'exam mode' yang tak sudah-sudah...

huhu..

Sudah sunnatullah..
Untuk berjaya, memang memerlukan persiapan
& persediaan secukupnya..

Jihad kita di medan ilmu!
Jihad kita menentang hawa nafsu & sifat malas!

Ingat,
tak satu pun usaha kita yg Allah sia2 kan!
Muslim mesti kuat & bijak!


All the best utk kawan2 semua...
Don't give up!!!


p/s: To dak2 medik, selamat mhadapi 'sistem' baru..=)

Kisah Ujian Dunia




Bismillah..

Midterm + 2nd exam,2nd sem.
3rd year dentistry student 2010,
JUST, JORDAN

5/4 - Internal Medicine
10/4 - Prosthodontics
11/4 - Conservative Dentistry
14/4 - Oral Pathology
17/4 - Oral Radiology
21/4 - Biostatistics
28/4 - Surgery & Anesthesia

Ujian dunia..
Moga2 usaha yg dicurahkan, 
menjadi pemberat utk ujian Akhirat kelak.

Muslim perlu kuat & bijak!

Jihad ku di sini~

*Doakan aku n kawan2 semua..berjaya dunia + akhirat!

Output

Assalamualaikum wbth.

Selepas mengalami konflik dalam diri beberapa harinya,
akhirnya, inilah takdir terbaek utkku.

Antara Seminar Perubatan Islam(Mu'tah) vs Kursus Penggarapan Al-Aqsa[RAPS] (Amman)

Hampir2 aku terlepas kedua2 nya,
akibat melalui 1 minggu yg amat2 memenatkan.
(ntah ape la yg penat sgt tuh..haha)
Mungkin jg akibat kata2 ku tempoh hari, dgn seorg teman..
 
"Kalau kita ade 2 pilihan, dengan tak hadir pada kedua2 program tersebut bukan lah cara terbaek..kononnya nak bg adil. At least pilih la salah satu..supaya tak dapat maksimum, tapi dapat lebih optimum.."

Dipendekkan kisah, selepas menghadapi kerenah 'birokrasi',
akhirnya dpt jg aku ke RAPS walaupun dh redha klu xdapat pergi. Sbb kunun2 nya nak study.. Alhamdulillah..

Bersama Dr Zainur Rashid-RAPS 2010
 
Input vs output

Input2 nya, bagi aku lebih kurg je dgn prog. palestin sebelum ni.
Ade jg penambahan sikit. Tapi disebab kan kekangan masa,
hanya yg penting2 sahaja yg disampaikan. Means, tak la terlalu details.

Kena ulangkaji slides2 kut lepas ni..iAllah Output, bagi aku.
Yang penting sekarang ni, just fokus ape yg diamanahkan utk kite skrg.
Ya3ni ---> STUDY Kalau boleh, rasa macam semua bende kita nk master kn?

Tapi, sedarlah, setiap org tu,
dah ditetapkan dgn peranan masing2.
Aku di bidang pergigian..
Kalian mungkin dalam bidang medic, agama etc.
Kita semua penting, untuk kemaslahatan ummat akan datang.
Terkesan dgn fakta dari Dr Zain,

"Kira2 500 orang tentera di dalam Briged Al-Qasam, memiliki kelulusan phd.."

Subhanallah!
Jadi, bermula dgn apa?
Bermula dgn pembelajaran yg bersungguh!

Nway, All the best to kawan2 medic ( exm hari ni),
kawan2 dentist, 17hb ni, dan kawan2 / adek2 Just,Yarmuk, Mu'tah & Mafraq utk mgu depan!

p/s: Isi2 kursus iAllah akan dikongsikan pd post akn dtg..bg laluan pd exm dulu..iAllah

Kisah 8: Bila dah kena...

Bismillah.. Kata2 akan diuji. Nampaknya, tak payah tunggu lama, Allah dah bg aku peluang utk apply post aku sblm ni. Al-kisahnya... Lepas hampir seharian menempel kat dental mini klinik, dengan senang hatinya aku pulang menuju ke rumah. Pemandangan biasa, bile ade budak2 Arab main bola sepak kat tengah2 jalan.. Mula2 tu, ade instinct nak ikut jalan laen, sbb niatnya nak ke kedai cari makanan sket. Tapi sbb nk jalan saing ngan kawan2, lalu jugak la kat tempat budak2 tu maen. Even aku agak fobia bila lalu kat kawasan bdak2 yg main bola nih. Dipendekkan cerita, ditakdirkan aku jalan tepi sekali ketika mana ade sorg budak bertuah ni nk kejar bola. Dengan tak semena2, boleh dia pegi pegang pulak kepale aku...!!! Haih... Speechless.... ....... selang 3-4 langkah, boleh je mantain sabar lg, sbb kawan2 laen cam tak perasan.. Tapi bile ade yg me'ngipas'2, Terdetik jugak dlm hati, "ngape la aku tak 'flying kick' je budak tadi??" "tak pe la, budak2, tak cukup akal lg tu" (dgn nada yg sgt2 geram!) Ya Allah99x... SABOR99x!!! Memang tak terkata.. Dalam hati, tawakal je la, Biar Allah je yg balas... Huh.. ......... Syukur, masih ade iman.. Terkenang insan termulia. Nabi Muhammad SAW. Pabila kisah baginda sedang bersolat, dibaling najis ke belakang badannya.. Ya Allah, Baru lah aku faham. Betul! Kena ingat kisah2 nabi & sahabat, terutama ketika kita dalam tekanan! Tingginya kesabaran baginda! Tak marah langsung! Berdendam apatah lagi! SUBHANALLAH! Sedangkan aku ni, baru disentuh kepala sket, Tapi bengang nye memanjang.. Ada ke patut, sbb kenakalan budak2 kecik yang mungkin belum cukup akal tu, kita membenci seluruh kaum mereka. Sedangkan, Nabi Muhammad juga adalah dari kaum yg sama! Terubat juga hati ini, bila terkenangkan kesusahan baginda, di awal permulaan dakwah dahulu. Lebih mencabar. Terbukti, nabi lebih penyabar! Wallahua'lam

'Candle Light Dinner'

Serba ringkas perjalanan program FAMILY DAY + DINNER BKAPJ sesi 2009/2010.
Antara yang hadir ..
Seharian berkampung di Mu'tah. Bermula dgn perjalanan seawal 12.10 pagi, coaster Irbid memecah kesunyian malam, merentas jalan 'sungai' ke Mu'tah. Alhamdulillah, tepat 4.30 pagi kami tiba di sana. Acara Eksplorace terpaksa dibatalkan, rentetan drpd cuaca buruk yg tak mengizinkan. Program diteruskan dgn acara Kuiz & aktiviti2 indoor. Walau tiada gelak tawa di jalanan, Walau tiada peluh keletihan dititiskan, Walau tiada belon2 yg perlu dipecahkan, Namun, Segalanya sudah cukup Untuk kita membina ukhuwah. Ukhuwah atas dasar satu Ummah. Walau hanya di dalam teratak 'Puskma'. Tertampar jg dgn soalan2 kuiz dr Kak Niza. Lemahnya pengetahuan, pasal tanah tempat tumpah darah sendiri. " Di mana Perak Man ditemui..?" Haha...anak2 Perak sejati..sape ade jawapan?? ..... Seusai Maghrib, semua bertolak ke Hotel Karak. Lagi, semuanya dah ditetapkan. Ketibaan kami di sambut dgn cahaya lilin. Hotel black-out!
Semuanya sudah ditentukan...
Wow! 'Candle light dinner' ktorg malam tu. Haha..pengalaman pertama la. Makan semua tak control.. Antara menu yg disajikan; -nasi putih + ayam percik (style kelantan kut) -daging + batotoh -puding jagung ( rase apam balik..sedap!) -murtabak XXL -air yogurt Credit to Dimasy Catering!
Muka2 hepi lepas dah kenyang..
Antara acara yg berlangsung malam tu ialah; -Persembahan kump. Pelita (sedap lagu korg buat tu.patut pun menang!) -Persembahan drpd sorg singer terkemuka di Mu'tah -Penyampaian anugerah -Cabutan bertuah -Makan2..selera nusantara (simple + sedap!) Sekitar 11.30 malam, semua dah berada atas bas, bersedia utk pulang ke mantiqah asal masing2.. Sekali lg, coaster terpaksa melalui 'sungai darat' utk balik ke Irbid. Dalam perjalanan, sempat jg bercerita dgn adik2 pasal dunia barat & Islam sekarang. Sian diorg, ntah faham ke tidak, ditambah dgn keadaan dlm bas yg agak memeningkan. Alhamdulillah, jam 3 pagi tiba semula d Irbid. Kepada yg tak berpeluang ke FAMILY DAY + DINNER BKAPJ tahun ni, jgn la bersedih ye.. InsyaAllah, tahun depan boleh dtg lg.. Mungkin dgn aktiviti2 dan acara yg lebih menarik lagi! p/s: black-out hanya di awal & pertengahan majlis je..bukan la bergelap sepanjang2 tu,,

Special Dedication to PERAKian

12:23 PM Posted by umiefull 0 comments
Assalamualaikum wbth Alhamdulilah99X... Setinggi2 ksyukuran hanya dipanjat kan padaMu. Selesai sudah, acara kemuncak BKAPJ sesi 09/10. Pertemuan kali pertama & kali terakhir mungkin, antara 3 mantiqah, utk sesi ni. Terima kasih pd semua yg menjayakan terutamanya; AJK FAMILY DAY + AJK MALAM SIMFONI KASIH juga yg terlibat secara langsung@ tak langsung. Kalian terbaik! Kalian terhebat! Teruskan menyumbang kepada ummat, kerana Allah!!

Kisah Bermula

Assalamualaikum wbth. Pernah tak berjanji( baca:terniat) untuk tak buat sesuatu, tapi akhir nya itulah yang kita buat, secara sedar atau tak sedar! Pemikiran manusia terbatas. Mungkin itu juga yang dinamakan takdir. Pernah aku berjanji "Aku takkan buat blog..", tapi, tupp tupp.. huhu.. Mungkin juga sebab dah terlanjur bergurau tempoh hari, untuk bercerita lanjut pasal hero Al Quds di blog aku, yang pada masa tu tak wujud pun lagi..
Aku budak sedang belajar~