Bismillah..
**batukkkkk** [akibat blog yg bersawang!]
Alhamdulillah, dikurniakan nikmat menjejakkan kaki utk kali kedua di bumi Malaysia tahun ni.
MasyaAllah, rasa bertuah & murah sangat rezeki yg Allah bagii. Orang lain punya la nak balik Msia, tp xdapat..yang ak ni dah dapat, sampai xde feeling apa2 bila dah sampai rumah..ye la, baru sangat kut..
Ak mmg seorang yg macam xda perasaan, bak kata seorang teman rapatku..tapi macam je..jauh di sudut hati, mmg bersyukur sangat, sbb masih diberi nikmat pahala yg paling mudah, iaitu memandang kedua ibu bapa :)
ALHAMDULILLAH!
sekadar gambar hiasan :P
Nampaknya perjalanan ak dari KL-Perak memakan masa hampir sama dengan perjalanan Jordan-KL..
Almost 12hrs! Tapi bak kata abah, "takpe, kita menghubungkan silaturrahim...."
Abah mmg suka berjalan..pastu kalau berjalan, tak sah kalau tak singgah rumah sedara..boleh kata kat setiap ceruk rantau, dari utara ke selatan, timur ke barat, ada saja sedara..Tadi on the way balik rumah, sempat ziarah sambil hantar kad jemputn..ayat2 common "ni ke pengantin nye?...tak, sy adek pengantin.." bila boleh buang word 'adek' tu, xtau la..:P
Eh, sebenarnya nak kata, sedara yg jumpa tadi tu, mak kata dia sepupu-sepapat embah*..
Wow, kalau sepupu embah, maksudnya sekarang ni dh sampai generasi empat/lima pupu!
***********
Berbulan tak menulis, hampir2 rasa nak tutup blog..
tup2 malam ni rasa semangat pulak nak berkongsi..
Actually aku berminat nak tulis,
supaya apa yg nak disampaikan ni, jadi ingatan utk yg membaca,
juga yg lebih penting, utk yang menulis ni...
********
Tadi sempat melawat kawan abah, yg baru je kenal masa abah bt operation mata bulan April baru ni..
Pakcik ni nampak sangat bagus..beberapa ketika tu, makcik (gelaran utk isteri kpd pakciktu) bawa air,berserta 4 gelas..Kami bertiga..
Sangkaan awal aku, pcik & mcik ni puasa, tp tgk ada 4 gelas..oo, xpuasa kut..Then pcik tuang air, tp 3 je..erm, betul la, diorang puasa sunat khamis rupanya..(penulis mmg mempunyai instinct yg kuat terhadap org sekeliling).. Abah tanya, then pcik pun cakap "..aah, puasa, genap kan esok terus, 1 Rejab..."
" Ya Allah, dah 1 Rejab ke..mujur la pcik ni ingat kan.." Haih, cepat betul masa berlalu..sedar2 dah Rejab, then Sya'ban, then Ramadhann....seterus2 nya..-monolog dalaman.
Erm, panjangnya meleret..ok2, masuk pd point utama..
Dalam duk bersembang2 td, abah ada la masuk part pasal harta pusaka, sbb time tu dia nak bgtahu pcik ni, yang rumah ktorng duduk sekarang ni rumah pusaka tinggalan mak ayah mak aku (atuk n nenek la senang citer)..Then pcik cakap,
" Dalam dunia ni, ad 3 benda je kena jaga..
Kalau dapat jaga 3 ni, selamat la, iAllah.."
Aku semangat nak dengar..agak2, apakah?
(saja buat2 suspen...)
1-Harta
Ulasan: harta ni, mmg la semua orang berlumba2 nak cari..
Ada yang sanggup bertumbuk, berbunuh, putus saudara, sbb harta.
(ni berpunca dari kisah harta pusaka td la ni)
2-Pangkat/jawatan
Ulasan: macam2 orang buat, sbb nk dapat nama, nak dapat jawatan..
Tapi kebanyakan orang nampak tu sebagai satu kemuliaan, bukan tanggungjawab..(tp berbeza dengan org2 Irbid, sumer pakat kempen 'jangan undi saya')
3-Lelaki/wanita
Ulasan: maksudnya, lelaki akan berlumba2 utk dapat wanita, atau wanita berlumba2 sbb berebut sang lelaki..Haa, ini mmg selalu jadi plot cerita utk drama2 melayu..tak habis2 pasal cerita nak merebut hati manusia..
Tak kira la samada yang perempuan gaduh tarik2 rambut sbb nk sang lelaki ni ataupun si lelaki2 berebut2 sbb nak dapatkan perhatian wanita melayu terakhir tu la kunun2 nya...
Kalau yg pertama tu (harta), obviously boleh nampak kt plot2 cerita indon..
Sebut je cerita apa, mesti alih2nya sbb nk bolot harta org tu..
Untuk bab pangkat tu, takyah tgk drama, tapi tengok realiti kat Msia..orang ni kutuk org tu, orang tu kata orang ni, semua semata2 untuk dapat pengaruh orang awam, utk pangkah mereka dalam pilihan raya.. Kita sendiri bingung dengan siapa yg sebenarnya benar, dan siapa yg sebenarnya membuat onar..
Astaghfirullah
Tapi kebiasaannya, ketiga2 perkara ni akan jalan seiring/ jarang berlaku secara individu..Contohnya-Orang nak pikat perempuan, melalui duit, melalui pangkat/nama..dan macam2 lagi contoh lain, boleh fikir sendiri..
Agak2, apa puncanya?
Aku belajar perubatan mulut (baca-pergigian), fokus utamanya untuk merawat..Tapi, perkara penting dalam nk merawat, mesti tahu punca..
Bila terhapus punca, automatically akan hilang la masalah kita tu..(dgn izin Allah)
Jadi sekarang, kita kena tahu/cari punca, kenapa 3perkara ni tadi
sering kali jadi plot2 dalam movie2 sekarang..?
Sebabnya mudah..
Itu menandakan, orang sekarang, kebanyakannya menjadikan harta, pangkat & wanita/lelaki
sebagai tujuan utama dalam hidup..
Cerita2 yg dibuat, kan adalah refleksi hidup kita..
Drama2 biasanya direka berdasarkan realiti semasa..
Then sekarang fikir pulak, kenapa 3 perkara ni yg jadi tujuan hidup manusia?
Ini lagi mudah.
Jawapannya-sebab mereka tak tahu apa tujuan hidup
yg sepatutnya jadi pegangan dalam hidup..
Jadi, kalau kita hidup bukan sebab nak kejar harta, bukan sbb nk pangkat,
dan bukan sebab nak lelaki/wanita (baca-kahwin..boleh ea?),
buat apa kita susah2 nak belajar?
Bukan ke kita sekarag sibuk2 nak belajar sbb nak hidup senang?(baca-duit)
Bukan sebab nak dapat title?(doktor cthnya..
dan lain2 lagi..
Erm, kadang kita terlupa, & memang sering terrrlupa..
Rupanya apa yg kita bt selama ni, sekadar mengejar dunia..
Allah di dalam 'manual'Nya dah sebut, 2 tujuan kewujudan kita atas muka bumi ni
1-Hamba
-Segala apa yang kita bt, niat semata2 kerana Allah..
Jadi mesti ikut dua perkara asas, iaitu niat yg betul & menepati syariat..Biasa orang niat betul ni xda masalah..
Cuma part nk ikut syariat tu je, yang macam kabur2 sikit..
Cth mudah-buat konsert amal..Niat Alhamdulillah baik, utk menderma.
Tapi pelaksanaan, tak mengikut syariat. Konsert, sah2 la campur laki pompuan..
(xpernah pula dengar konsert utk lelaki/perempuan only)
2-Khalifah
Menyebarkan agama Allah. Cth mudah, belajar rajin2, dapat jadi doktor + gaji stabil.
Jadi kita ada kelebihan dari segi wang dan kepercayaan masyarakat,
utk kita tonjolkan Islam is The BEST WAY of LIFE..
Kalau kita pakai pun selekeh, kerja pun kejap masuk, kejap ponteng,
agak2 ada ke orang nk respect? Orang nak ikut?
Orang lagi kutuk ada la kan..
Kesimpulannya, 3 perkara tadi, tak lain tak bukan hanya sbg alat,
untuk kita capai 2 tujuan hidup yang lebih utama tu.
3 utk 2, 2 utk 1..
1 ni, tak lain tak bukan pasti lah,
Redha Allah..
*embah-gelaran utk nenek/atuk dalam bhs Jawa
Wallahua3lam